MR MORINGA BERSAMA KPDN
Kami ingin memberi notis tentang kerjasama yang sangat serius antara MR Moringa dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) dalam menangani isu yang tidak diingini.
Kerjasama ini menegaskan komitmen kami untuk memastikan harga produk MR Moringa berada pada tahap yang ditetapkan, maklumat syarikat adalah benar dan penggunaan atau penyebaran grafik yang tidak meragukan. Tindakan serius diambil dalam penyebaran data dan maklumat yang jujur dan sah melalui penggunaan grafik yang terperinci bagi membolehkan pelanggan kami mengetahui trend harga serta kualiti dan keaslian produk.
Kami amat berbesar hati bahawa para pelanggan masih setia bersama MR Moringa dan kami percaya bahawa segala maklumat dapat dicapai melalui kepekaan antara kedua belah pihak.
Notis ini mencerminkan hasrat kami untuk menjaga keberkesanan maklumat dan menawarkan kepada pelanggan pengalaman yang lebih cemerlang. Bersama-sama dengan KPDN, kami bertekad untuk menjaga dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kami demi kepuasan dan kepercayaan semua pelanggan kami.
PASTIKAN ASLI BARU BELI
Banyak aduan dari pelanggan menyatakan produk moringa yang dipesan secara online tidak sampai ke destinasi. Bukan itu sahaja, mereka turut menerima produk selain moringa. HATI-HATI. Anda mungkin telah menjadi mangsa dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka mempunyai modus operandi tersendiri. Sila pastikan anda membeli dari saluran yang betul bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.