Frequently Ask Questions

1. "Berapa lamakah masa yang diambil untuk produk bertindak balas pada badan?"

Produk moringa bukan ubat dan ia tidak bertujuan mendiagnose serta mengubati. Hasil adalah berbeza bergantung kepada individu. Sesetengah individu hanya mengambil masa seminggu untuk menunjukkan keberkesanan produk.

2. "Kenapa saya rasa pening dan mual ketika pada peringkat awal mengamalkan Kapsul Moringa?"

Ia merupakan healing crisis. Healing crisis merupakan proses penyembuhan yang biasa berlaku pada tubuh seseorang secara semulajadi apabila mengamalkan herba tradisional. Ia hanyalah bersifat sementara. Amalkan pengambilan air kosong yang banyak mengikut keperluan tubuh.

3. "Bolehkah ambil produk moringa selepas divaksin?"

 Ya, boleh.

4. "Adakah Moringa selamat diamalkan bagi pesakit buah pinggang?"

Ya, boleh. Cuma bagi pesakit stage 4 ke atas, pengambilan kapsul adalah tidak digalakkan kerana kapsul memerlukan air yang secukupnya untuk membantu proses penyerapan dalam badan. Kami lebih syorkan produk jus/teh/serbuk. Sebolehnya pesakit ini perlu dapatkan nasihat doktor.

5. "Adakah Moringa sesuai untuk pesakit kanser?"

Ya, sesuai. Moringa kaya dengan antioksidan dimana ia membantu melindungi badan daripada serangan radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit. Dapatkan nasihat doktor.

6. "Kanak-kanak yang berumur berapakah sesuai makan tablet?"
Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas serta sudah pandai kemam dan kunyah tablet.

7. "Bolehkah tablet moringa bantu pembelajaran anak saya yang autisme?"

Menurut testimoni dari pelanggan yang mengamalkan tablet untuk anak autisme beliau, kini anak beliau lebih fokus membaca.

8. "Apakah perbezaan botol kapsul tudung putih dan tudung hijau?"

Kandungan adalah sama, cuma berbeza kuantiti. Penutup hijau mengandungi 100 biji kapsul dan penutup putih mengandungi 60 biji kapsul.

9. "Adakah kanak-kanak boleh ambil kapsul moringa?"

Anggaran usia kanak-kanak sekitar 10 tahun ke atas yang sudah pandai menelan kapsul. Manakala untuk bayi 6 bulan ke atas, sesuai ditabur serbuk ke dalam makanan.

10. "Adakah kanak-kanak boleh minum Jus Moringa?"

 Jus Moringa juga sesuai untuk kanak-kanak kerana membantu meningkatkan antibodi badan serta meningkatkan selera makan.

11. "Bagaimana untuk saya tahu produk MR Moringa yang saya beli original, bukan tiruan?"

Setakat ini produk moringa keluaran kami tiada yang tiruan. Pastikan anda dapatkan produk daripada pengedar yang berdaftar MR Moringa dan mempunyai sijil sah Shopee sekiranya anda membeli secara online.

12. "Apa perbezaan dari segi warna hijau dan coklat pada serbuk?"

Warna serbuk yang terbaik ialah hijau kerana tinggi zat dan nutrisinya. Jika ia berubah kepada warna coklat, ia tidak lagi sesuai untuk diambil. Serbuk yang berwarna coklat boleh dijadikan baja organik untuk tanaman.

13. "Adakah MR Moringa ada membuat ujian makmal untuk menguji kualiti bahan mentah?"

Ya. Sampel daun kering dan serbuk telah dihantar ke makmal untuk diuji kualiti, kebersihan dan nutrien. Hasil ujian mendapati kualiti berada pada tahap baik, bebas dari serangga dan kaya dengan nutrisi.

14. "Adakah HQ ada menjual anak pokok atau biji benih?"

Setakat ini HQ tidak menjual anak pokok atau biji benih kerana ia digunakan untuk semaian kami di ladang. Oleh kerana permintaan yang tinggi, InsyaAllah kami akan usahakan menjual anak pokok atau biji benih.

15. "Adakah Kapsul Moringa selamat untuk ibu mengandung?"

Moringa dikatakan sangat baik untuk ibu mengandung kerana tinggi kandungan nutrisi. Kapsul moringa boleh diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dengan kuantiti yang sedikit. Namun dapatkan nasihat doktor sekiranya terdapat komplikasi pada kandungan.

16. "Bolehkah produk moringa diamalkan bersama ubatan klinikal?"

Boleh cuma jarakkan 1-2 jam, jaga pemakanan dan amalkan meminum air kosong secukupnya.

17. "Adakah Jus Moringa sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes?"

Jus Moringa merupakan campuran ekstrak moringa dan madu lebah asli. Untuk pesakit diabetes, produk yang disyorkan ialah Kapsul moringa dan Kopi Moringa.

18. "Apa kelebihan serbuk berbanding kapsul?"

Serbuk dalam bentuk kapsul lebih mudah ditelan. Manakal serbuk yang dibotolkan boleh digunakan sebagai campuran dalam minuman/pastri/kek/pencuci mulut, boleh dijadikan masker muka, boleh ditampal pada luka dan sesuai untuk pengguna yang sedang mengamalkan diet protein.

19. "Mana satu yang lebih tinggi nutrisi? Serbuk moringa atau daun segar moringa?"

Apabila daun moringa dikeringkan, kandungan nutrisi meningkat lebih 10 kali ganda. Secara umumnya, serbuk daun moringa kering mempunyai nilai pemakanan yang jauh lebih baik daripada daun segar. Satu-satunya nutrien yang berkurangan sedikit dalam proses pengeringan ialah vitamin C (lebih tinggi dalam daun segar) namun begitu ia masih mengandungi vitamin lain yang baik untuk badan.

20. "Berapa banyak pengambilan serbuk moringa yang disyorkan dalam 1 hari?"

1 sudu kecil bersamaan dengan 2 gram serbuk moringa sudah mencukupi.

21. "Betul ke Kopi Moringa mengandungi krimer tanpa tenusu dan tidak bagus untuk kesihatan?"

Krimer tanpa tenusu berlainan dgn krimer tenusu. Krimer tanpa tenusu diperbuat daripada sumber tumbuhan iaitu minyak sayuran. Justeru pengguna dinasihatkan untuk mengambil Kopi Moringa tidak melebihi 3 sachet sehari. Tidak perlu kahwatir kerana kebaikan semulajadi moringa & stevia dapat mengimbangi krimer tanpa tenusu tersebut.

22. "Adakah Moringa membantu mengawal paras gula dalam darah?"

Kami mempunyai lebih 100 testimoni yang berkesan. Ini kerana Kopi Moringa merupakan campuran pemanis stevia iaitu gula dari tumbuhan yang bagus untuk diamalkan serta rendah kalori sebagai pengganti kepada gula putih.

23. "Adakah 1 uncang Teh Moringa hidangan untuk 1 orang sahaja?"

1 uncang Teh Moringa boleh disediakan untuk hidangan 1 jug air (anggaran 5-6 orang minum). Anda boleh menambah air panas sehingga hilang warna teh.

24. "Kenapa air Teh Moringa yang sudah sejuk mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan?"

Moringa tinggi protein. Tindak balas protein dalam air menyebabkan ia menghasilkan bau. Cadangan, boleh bancuh teh moringa menggunakan air panas dan letakkan dalam termos untuk minum secara panas pada bila-bila masa.

25. "Adakah sarung kapsul selamat dan halal dimakan?"

Selamat kerana ia diperbuat daripada bovine gelatin yang halal dan pengeluar juga mendapat persijilan HALAL daripada JAKIM. Meskipun sarung kapsul mengandungi parabens, ianya selamat di makan kerana peratusan parabens hanyalah sedikit. Jika musykil, anda boleh dapatkan nasihat doktor.

26. "Adakah MR Moringa mempunyai outlet di setiap negeri?"

MR Moringa tiada outlet di setiap negeri. Tetapi kami mempunyai ramai pengedar sah di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak serta Singapura. HQ MR Moringa iaAdakah produk moringa keluaran MR Moringa berkualiti tinggi? lah di negeri Terengganu.

27. "Adakah produk moringa keluaran MR Moringa berkualiti tinggi?"

MR Moringa mempunyai ladang moringa sendiri di sekitar Terengganu. Sudah semestinya produk keluaran kami berkualiti tinggi kerana kami menggunakan kaedah penanaman secara organik di ladang tanpa menggunakan sebarang baja atau racun kimia. Sewaktu proses peleraian daun, hanya daun yang berkualiti tinggi sahaja yang dipilih.

28. "Dimanakah lokasi kilang memproses produk moringa?"

Kilang pertama terletak di Kuala Nerus, Terengganu dan ia berstatus HALAL. Kilang kedua terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan dan ia berstatus HALAL, GMP, MESTI & LULUS Quality Control.

29. "Adakah MR Moringa mempunyai ladang sendiri?"

Ya. Kami ada ladang dan beberapa kebun moringa sendiri di Kuala Terengganu. Di ladang dan kebun, kami menggunakan baja dan racun organik.

"30. Kenapa stok produk MR Moringa kadang-kadang tidak mencukupi?"

Produk MR Moringa menggunakan bahan mentah asli dan organik dari Terengganu serta tidak diambil dari negara luar bagi menjaga kualiti dan kebersihan bahan mentah. Pengguna percaya akan keaslian produk kami dan pada masa kini ramai sudah mula sedar akan kebaikan moringa lalu ini menyebabkan permintaan tinggi. Walaubagaimana, syarikat sedang berusaha bagi meningkatkan jumlah tanaman untuk memenuhi keperluan pengguna.

Manage Your Shop | Copyright © 2020 - 2024 to MR MORINGA SDN BHD (1249268-K). Powered by  eCommerce Malaysia.