Sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti menanam, memproses dan memasarkan tanaman kelor sejak tahun 2017. Tanaman kelor atau juga dikenali sebagai gemungga / mungga ditanam secara organik di bumi Terengganu.

Dr Maimunah iaitu pengasas MR Moringa mula menanam pokok moringa untuk kegunaan sendiri sejak tahun 80-an kerana mengetahui nilai khasiat dan mengamalkan pemakanan bebas bahan kimia.

Beliau mula berkecimpung dalam pembuatan produk berasaskan moringa apabila sahabat dan juga rakan sekolah beliau memaklumkan yang mereka tercari-cari kapsul moringa dibanyak farmasi sekitar Kuala Lumpur, namun gagal ditemui.

Dengan hasrat membantu sahabat, maka bermula perjalanan Dr Maimunah, suami (Arwah Cikgu Harun Hasan) serta anak-anak sebagai usahawan moringa.

 

Our Team

Our Guarantees

PRODUK MR MORINGA DIKILANGKAN DI KILANG BERSTATUS HALAL DAN LULUS 'QUALITY CONTROL'

Produk MR Moringa dikilangkan di kilang yang berstatus HALAL, GMO, MESTI, HACCP dan ISO. Ini bermakna produk MR Moringa keluaran syarikat MR Moringa selamat diamalkan tanpa ragu.

Berikut adalah penjelasan ringkas mengenai status tersebut.

HALAL

Menandakan produk ini mematuhi syariat Islam dan bebas dari bahan haram serta proses yang tidak bersih.

GMP (Good Manufacturing Practice)

Menjamin produk dibuat dengan standard kualiti tinggi dan konsisten, melalui prosedur yang ketat dan teratur.

MESTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri)

Satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk memastikan keselamatan dan kualiti makanan di kilang.

HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Points)

Sistem pengurusan yang mengutamakan keselamatan makanan dengan mengenalpasti dan mengawal risiko yang mungkin berlaku dalam proses pembuatan.

ISO (International Organization for Standardization)

Set standard antarabangsa yang memastikan produk memenuhi kriteria kualiti, keselamatan dan kecekapan.